KUALA LUMPUR: Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis, menurut Kementerian Ekonomi.
Kementerian itu menjelaskan kajian yang dijangka siap pada awal Januari 2024 itu turut menilai pembangunan infrastruktur, keperluan ruang udara, ekonomi dan strategik projek pembangunan lapangan terbang negara.
"Dalam hubungan ini, cadangan pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis perlu mengambil kira dapatan kajian NASP dan akan hanya dapat dipertimbangkan selepas kajian tersebut dimuktamadkan.
"Ini bagi memastikan pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis adalah komprehensif dan berdaya maju serta mempunyai kebolehupayaan dan pulangan/hasil yang mampan," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Negara bertarikh 30 Nov, 2023 yang disiarkan menerusi laman web Parlimen.
Kementerian Ekonomi memaklumkan demikian bagi menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris mengenai hasrat kerajaan bagi meneruskan projek Kedah Aerotropolis yang diletakkan di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Kedah Aerotropolis adalah projek inisiatif kerajaan Kedah dan merupakan pembangunan berkonsepkan perbandaran moden melibatkan industri aeroangkasa, menurut Kementerian Ekonomi.
Cadangan pembangunan adalah di atas tanah yang belum pernah dibangunkan seluas 9,841 ekar (3,982.51 hektar) berdekatan kawasan daerah Kuala Muda yang bersempadan dengan daerah Kulim dan Baling.
"Projek tersebut dicadangkan untuk dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (PPP).
"Walau bagaimanapun, terdapat komponen yang perlu ditanggung oleh kerajaan Persekutuan, antaranya pengambilan balik tanah, penyediaan infrastruktur asas dan akses jalan serta operasi menara kawalan trafik dan akan melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Kedah Aerotropolis adalah projek inisiatif kerajaan Kedah dan merupakan pembangunan berkonsepkan perbandaran moden melibatkan industri aeroangkasa, menurut Kementerian Ekonomi.
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.
Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup
Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki penggal kucing
Mahkamah Sesyen Kuching menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
Kedah Aerotropolis terus mendapat kepercayaan pelabur antarabangsa apabila memeterai kerjasama baharu dengan pelabur dari Itali.
'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.
Kedah Aerotropolis: Belum ada permohonan rasmi kebenaran aerodrome diterima - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bertegas, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi mendapatkan kebenaran aerodrome untuk pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis.
Kedah Aerotropolis: Sanusi akan jumpa PM Anwar, terangkan secara terperinci
Sanusi akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat berhubung projek Kedah Aerotropolis.
KXP dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis
Bukan sahaja lapangan terbang yang akan dibina sebaliknya merangkumi sebuah bandar raya baharu di persekitarannya.